Perjalanan ke Pulau Perhentian yang akan mengambil masa kurang lebih 6 jam dari TBS membuatkan aku terkadang bosan. Lebih-lebih lagi bila berseorangan.Fikiran menerawang entah ke mana.Pandangan ke luar tingkap bas, gelap dan kosong.Memang sengaja aku beli tiket bas perjalanan malam,konon-konon nak sampai Jeti Besut waktu subuh.
"Boleh tahan laju juga abang driver ni bawa bas. Terhuyung -hayang badan dibuatnye. Mentang-mentang lah malam kenderaan tak banyak, ambil kesempatan betul.." gerutu hatiku.
Aku toleh kakak sit sebelah rileks je tidur. Siap berdengkur lagi.Cemburu pulak aku tengok.Aku toleh lagi penumpang di hadapannya, pun sama berdengkur siap berselimut dengan shawl yang dibawanya. Aku cuba menutup mata, mengharapkan lena walau sebentar.
"Betul ke kau nak pergi Perhentian ni?" tanya Su. Tak percaya dia aku nak ke pulau bersendirian.
"Kau ingat aku tipu ke. Aku dah beli tiket pun. Gerak malam esok. Sebelum kau tanya lebih, family aku dah tau aku nak pergi Perhentian. Full stop" pantas aku menjawab sebelum ditanya.
Su terpinga-pinga dan tak percaya dengan perancanganku. Aku tahu dia bimbangkan aku, cume aku nak bersendirian saat ini.
"Tapi kenapa Perhentian, Sya..jauh sgt tu..ape kata kau pergi Port Dickson ke,laut jugak kan..tak pun Melaka, ada Klebang..boleh minum Coconut Shake, makan ikan bakar" pancingnya lagi.
Aku toleh Su sepintas lalu.Malas nak berbalah dengan sahabat baikku itu. Pasti aku akan kalah. Bukan senang nak lawan pemidato terbaik sekolah tahun 2000 ni.
" Kalau sebab Mirul kau nak bawak diri sampai Perhentian, baik tak payah, Sya. Buang masa."
Tatkala mendengar nama itu, langkahku terhenti serta merta.Jiwaku rasa terbeban, hati terasa sakit tiba-tiba. Aku cuba buang nama itu jauh namun masih terlekat dalam otak.
Mirul, lelaki yang berjaya membuka mata hatiku tentang makna kasih sayang dan cinta.Lelaki yang ku harapkan menjadi lelaki terakhir dalam kisah hidupku namun tidak kesampaian. Terlalu banyak kesabaran dan pengorbanan yang diperlukan dalam hubungan ini.Dugaan hebat hari demi hari, tahun demi tahun. Namun aku tahu, dia lelaki yang baik cuma kami tidak dijodohkan untuk bersama.
"Sya, esok saya nak ride pergi Melaka tau dengan group motor.Hari ahad balik KL."
Aku yang sedang makan,terhenti menyuap. Anak mataku tepat memandang wajahnya yang berkulit sawo matang, berkumis nipis dan berjanggut sedikit. Dia seperti biasa buat-buat tak perasan yang aku sedang memandang.
"Asyik ride je, bilanya ada masa dengan saya..Weekend je kuar KL, weekend je kuar KL." lantunan suaraku antara dengar dengan tidak.
"Aik, membebel pulak dia. Sape ajar ni," usik Mirul sambil menyuapku dengan mihun gorengnya.
Nak tak nak buka la jugak mulut. Nanti kata tak sudi pulak. Tapi aku tahu tu alasan nak memujuk sebab dah tengok muka aku kelat macam pisang muda.
Mirul memang jiwa motorsport.Setiap minggu group motornya akan plan untuk ride.Buat hilang boring katanya setelah mengadap kerja ofis 5 hari.Tak silap dalam tahun ni satu Malaysia diorang dah pusing.
Aku pulak, memang tak suka nak join ride ni.Aku lebih suka duduk rumah.Masa mula-mula kenal dulu merajuk jugak la dia. Kecil hati sebab aku tak nak ikut.Lama kelamaan dia faham.
" Saya takde, awak jangan dating dengan orang lain pulak tau, saya ada spy tengok awak hari-hari." kata-kata tu membuat aku tersentak. Sejak bila aku ada niat nak date orang lain.Berkerut kening memikir.
"Takde masa nak kuar dating dengan orang lain. Saya setia dengan awak walau kena tinggal tiap-tiap minggu." jawabku selamba.
Mirul hanya senyum kosong.
"Saya bukan nak control awak, tapi awak tau kan saya tak boleh kalau awak takde.Saya sayang awak tau..awak kene ingat tu. Sayang sampai bila-bila."
Kata-kata itu terus masuk ke dalam jiwa. Terasa sangat diri disayangi dan diperlukan.Terus rasa kenyang.Pinggan ku tolak ke tepi.Mataku tak lepas memandang Mirul.Renungan kasih sayang kami bersatu.
Namun kata-kata itu hanya mainan lidah.Lidah memang pandai menutur kata yang manis-manis sehingga kita terleka. Ada waktu nya kita perlu juga merasa was-was dengan kata-kata seorang lelaki.
"Sya! Sya!.." terdengar jeritan seseorang memanggil. Aku toleh ke belakang mencari siapa gerangan. Puas mataku melilau tapi tidak nampak kelibat sesiapa.
"Oii..aku lah," jerkah seseorang di depan muka ku. Terloncat aku dek terkejut.
"Raid..kau ni kan, tak boleh bagi salam ke," rengusku. Lantas aku hadiahkan dia jelingan padu menusuk dalam hatinya.
Dia hanya tersenyum menampakkan susunan giginya yang putih. Masih bersisa tawanya melihat aku terloncat tadi.
Raid, sepupu Mirul yang sudah lama berkawan denganku. Rasanya sejak aku mengenali Mirul, selama itulah juga kami berkawan.Dia seorang yang sempoi dan senang diajak berbual.Ape topik pun pasti akan menjadi sebuah cerita yang hebat. Terkadang Mirul cemburu juga melihat kami baik dan boleh berborak atau membawang bersama.
"Jom minum, aku belanja.Ada hot news aku nak bagitau kau ni," pelawa Raid. Matanya cepat melihat kedai-kedai yang sesuai untuk kami duduk minum dan bercerita.
Aku yang masih marah, terus sahaja mengikutnya dari belakang.
"Kalau setakat nak cerita pasal artis, aku tak nak. Aku nak yang lagi hot tau. Tapi sebelum tu aku nak bagitau Mirul dulu, aku minum dengan kau," kataku setelah mendapat tempat duduk di Cafe Matahari. Pantas tangan mencari handset dalam beg.
Raid hanya memerhati sambil tangannya diangkat memanggil pelayan kedai.
"Apa yang hot news sangat tu sampai sanggup belanja aku makan Chicken Chop hari ni.Meriah cacing dalam perut aku berjoget tau," kataku sambil terus menyuap makanan. Sedap sangat rasanya. Baru aku teringat yang tengah hari tadi sememangnya aku tak sempat nak menjamah apa-apa makanan pun dek mengejar dateline Encik Malik.
"Kau habiskan makanan kau dulu.Kalau cacing-cacing kau dah berehat kekenyangan baru aku akan mulakan penceritaan aku," kata Raid sambil tersenyum-senyum.
Aku terus menyuap dan menyuap sehingga licin pinggan. Dengan Raid, aku menjadi aku. Tak perlu nak acah-acah jadi perempuan ayu atau gadis Melayu terakhir.Mungkin sebab dah terbiasa dan kami rapat.
"Mirul nak kahwin bulan depan," pengucapan tiba-tiba Raid membuatkan aku terpana.Terkejut.Rasanya kalau ditoreh mukaku ni memang keluar darah putih seperti Mahsuri.
Aku rasa badanku mula melayang-layang. Otak ku seperti berhenti berfikir dan seluruh urat nadiku turut mengeras. Aku lost.
"Sya, kau ok tak ni? Sya! Sya!," jerkahan Raid mengejutkan aku. Aku kembali pada alam realiti.Mataku terkebil-kebil memandang Raid. Ada sedikit cuak dari raut wajahnya. Mungkin takut jika apa-apa jadi padaku selepas mendengar berita itu.
"Aku tak ok, Raid.Kau tipu aku kan.Kau saja nak bergurau dengan aku. Iya kan? Tak ada ribut, tak ada hujan Mirul nak kahwin bulan depan? Tak logik lah.Kau tipu kan, Raid?" aku terus menyoal dan menyoal Raid.
Ini semua tak benar, kami dah rancang akhir tahun ini mama dan papa Mirul akan datang ke rumah berbincang mengenai pertunangan dan perkahwinan kami dengan mak dan ayahku. Mana boleh, tiba-tiba keluar cerita dia akan berkahwin bulan depan. Persoalannya dengan siapa?
"Dia akan berkahwin dengan sepupu kami, Amni.Dia baru balik dari overseas.Perjodohan ini dibuat sejak diorang kecil.Mirul dan Amni memang tak tau. Perjanjian atuk nenek, kau faham-faham je lah." cerita Raid tanpa disuruh.Mungkin dia dapat melihat aku yang sudah mula tidak tenteram.
"Aku nak balik dulu, Raid. Thanks belanja aku dan bagitahu aku "hottest" news in the town ni. Aku gerak dulu ek. Assalamualaikum," kataku tanpa melihat wajah Raid.
Aku pasti dia bimbang membiarkan aku balik sendiri dalam keadaan aku yang tak tentu arah tetapi aku terus keluar dari Cafe Matahari tanpa menoleh ke belakang lagi.
70 missed call..200 whatsapp dalam sehari. Aku membiarkan handset aku terus berbunyi dan berbunyi sehinggakan Su naik rimas.
"Sya, kau angkat boleh tak call tu?bisinglah.Aku nak tengok cerita Korea ni pun tak boleh tau tak," rungut Su.
Aku hanya memandang sepi wajah Su. Airmata ini dari semalam tak kering-kering.Meleleh dan terus meleleh.Macam empangan pecah seribu.
"Lepas tu kau menangis.Dah bengkak mata kau tu. Lebih baik kau masuk bilik, call Mirul dan bincang dengan dia. Dari kau kat sini, jadi minah leleh..aku tengok pun sedih.Kau kene kuat, Sya..ni bukan pengakhiran hidup kau.Kuat sikit, boleh tak,"pujuk Su dalam nada sinis.Aku tahu dia sayangkan aku dan nak aku kuat menerima takdir ini. Tapi aku belum mampu untuk kuat seperti yang Su inginkan.
3 tahun menyemai janji, mengikat kasih dan akan terlerai dalam masa 5 minit. Memang hancur luluh hatiku.
"Kenapa awak macam nak lari dari saya? Sejak semalam saya cari awak,call tak angkat, whatsapp tak balas..kenapa buat saya risau?Awak tak sayang saya lagi ke buat macam ni?" soal Mirul agak marah.
Kali ini aku tak boleh lari lagi, kerana dia muncul di depan mata. Tau-tau dah sampai depan rumah sewaku.Nak tak nak aku terpaksa juga berhadapan dengannya.
"Saya nak kita putus, tu je," kata ku dalam nada sebak.Ku tahan airmata dari tumpah dihadapannya.
"Apa awak cakap ni, Sya.tiba-tiba nak putus. Ada benda yang saya tak tau ke?" soalnya terus.
Aku menyeka airmata perlahan.Ku alihkan wajahku dari terus ditatap Mirul.Aku tahu, dia tidak boleh melihat aku bersedih, pasti dia akan risau.Tetapi kesedihan aku kali ini disebabkan oleh dia.Jiwaku parah terluka berdarah oleh berita semalam.
"Awak nak kahwin bulan depan kan?Dengan Amni, sepupu awak.Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga dan tidak diketahui oleh awak dan Amni.Betul tak, Amirul Rizqin?" luahku perlahan. Sengaja aku memanggil dia dengan nama penuh. Satu-satu aku luahkan ayat Raid semalam.
Dia terpana dan memandangku tak berkelip.Aku tahu dia amat-amat terkejut dengan kata-kata aku itu.Pastinya dia tak pernah dan tak akan menyangka aku telahpun tahu mengenai berita ini sebelum dia memberitahuku.
"Raid yang bagitau awak ke?Raid?" nada suaranya mula meninggi.Aku tak pasti kenapa dia perlu marah. Jika betul, mengaku daripada terus marah dan menyalahkan orang lain.
Aku terus masuk ke dalam dan kembali dengan kotak ditangan.Semua tanda cinta kami berada di dalam kotak itu.Aku tidak mahu menyimpan apa juga yang berkaitan dengannya.Cukup sampai di sini.
"Sya..saya sayang awak. Saya tak boleh kalau awak takde Sya..tolonglah. Saya terpaksa Sya, semua berlaku bukan kehendak saya. Awaklah pilihan saya,saya sayang awk dunia akhirat.Jangan buat saya macamni Sya," rayunya.
Tatkala itu aku dapat melihat airmata lelakinya jatuh ke pipi dan aku pernah terbaca,yang seorang lelaki tidak akan menangis melainkan dia benar-benar sayang pada seorang perempuan itu.
Pintu rumah terus kututup.Lampu juga.Mengharapkan Mirul untuk pergi. Aku merasakan diriku sangat kejam saat itu.Membiarkan Mirul begitu diluar rumah. Namun aku terpaksa demi dia.
Biarlah aku yang menderita asalkan dia bahagia. Bertemu tak semestinya berjodoh dan Allah s.w.t pertemukan kami bukan sia-sia semuanya bersebab. Aku redha.
"Dik..ooo dik..kak ooo kak, kita dah sampai Besut ni. Tak nak turun ke," suara abang driver bas tiba-tiba mengejutkan aku dari alam mimpi.
Aku terpinga-pinga melihat kiri kanan depan belakang.Kosong. Tinggal aku seorang di dalam bas. Segera ku capai bag pack dan terus turun.
"Lain kali sebelum tidur, basuh kaki dulu supaya tak lah mimpi jauh sangat," kata-kata usikan abang driver tu membuat aku senyum sendiri.Malu pulak rasa.Mimpi ntah ape-ape.
"Terima kasih, bang. Tak nak jumpa abang lagi.Segan," kataku sambil terus berjalan menuju ke jeti.
Perhentian, aku datang untuk meninggalkan segala kisah sedih di sini kerana di pulau inilah pertama kalinya aku bertemu dengan Amirul Rizkin 3 tahun yang lalu.

